Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Seks Ketika Haid Berpotensi dijangkiti kuman HIV 6 kali ganda

Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid

Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajukWomen With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIVmeningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haidataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atauperimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.

Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.

Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.

Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.

Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak, “Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?” Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)

Rujukan: Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria) Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan Penulis bagi PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Transfer Non Claim Bonus (NCB) kereta lama anda ke kereta baru untuk penjimatan berbaloi-baloi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Rasanya isu NCB kereta banyak pemilik kereta tidak berapa tahu tentang hal ini.Apa yang saya pointkan di sini bahawa anda boleh pindahkan NCB kereta lama contohnya 55% NCB ke kereta baru anda. Di mana anda boleh mendapatkan penjimatan bagi kepada insurans kereta baru.Banyakkan berapa ribu  anda boleh berjimat.. kurang-kurang seribu lebih atau lebih bergantung kepada jenis kereta.



Kadar NCB berubah bergantung pada berapa 'tempoh' kita tak claim..


Tempoh      0 tahun              NCB 0 %
Tempoh      1 tahun              NCB 25 %
Tempoh      2 tahun              NCB 30 %
Tempoh      3 tahun              NCB 38. 3 %
Tempoh      4 tahun              NCB 45 %
Tempoh      > 5 tahun           NCB 55 %



Pihak insurans akan issue 1 surat utk mengesahan NCB withdrawal dengan jumlah % NCB yg kita layak. Surat tu kita hanya perlu serahkan penjual kereta untuk mohon insurans untuk kerete baru.

Ia boleh dipindahkan dari kereta lama ke kereta baru, jika kereta lama anda mempunyai 55% NCD,anda boleh pindahkan ke kereta baru anda dengan syarat kedua-dua kereta dia atas satu nama pemilik yang sama.






  1.  Kalau anda jual keta lama dan beli kereta baru, anda boleh transfer NCD ke kereta baru…dgn syarat, nama pemilik kenderaan adalah sama.
  2. Kalau anda beli kereta baru tanpa jual kereta lama, anda ade option samaada nak transfer atau tidak…kalau transfer, maka NCD kereta lama will back to 0% in the next renewal.
  3. Kalau jual kereta tanpa beli kereta baru, % NCD akan berkurangan tahun demi tahun sehingga jadi 0%.

Secara ringkasnya ialah :-

  1. pergi ke pejabat insuran kereta lama anda
  2. beritahu anda ingin mengeluarkan NCD kereta lama anda untuk dipindahkan ke kereta baru
  3. anda dikehendaki membayar wang tambah untuk kereta lama
  4. pihak insuran akan mengeluarkan satu surat ENDORSEMENT
  5. bawa surat ENDORSEMENT kepada pihak insuran kereta baru anda
  6. pihak insuran tersebut akan proses surat pemindahan anda.
  7. anda perlu membayar insuran baru anda.
  8. akhir sekali.pihak insuran akan keluarkan polisi baru anda.
  9. pemindahan NCD anda selesai


Selamat Mencuba.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca