Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Gambar-gambar Ledakan Bom Nuklear di Dunia

Berikut ini adalah ledakan nuklear yang terdahsyat. Ledakan ini terjadi kerana pelepasan tenaga yang terus menerus dari sebuah reaksi nuklear yang terjadi secara cepat, ada yang benar-benar terjadi, dan ada juga yang cuma testing.

Ledakan Nuklear Terbesar di Dunia

Foto-foto berikut ini merupakan ledakan nuklear yang terjadi di sebuah tempat bernama Fangataufa. Foto tersebut diambil pada 3 July 1970 oleh seorang tentera Perancis. Code bom ini Canopus, dan memiliki kekuatan ledakan sebesar 914 KT.



Ledakan nuklear pada operasi Upshot-Knothole

Operasi Upshot-Knothole, dilakukan di Nevada Proving Ground antara Mac 17 and Jun 4, 1953, percubaan sejenis bom jenis baru yang menggunakan teori fission dan fusion. Rumah dalam gambar di bawah ini terletak 3500 kaki dari pusat ledakan, kameranya sendiri dilindungi lapisan setebal 2 inchi, hanya memerlukan 2.6 saat saja dari awal bom tersebut meldak sampai ledakannya menghancurkan rumah tersebut.


Ledakan nuklear semasa operasi Crossroads

Pada tanggal 1 July 1946, di Pulau Marshall, sebuah ledakan berbentuk cendawan terjadi di Lautan Pasifik Utara, dan merupakan ledakan pertama dari 2 ledakan dalam operasi Crossroads. Gambar di bawah ini dapat dilihat dari beberapa kapal perang yang merupakan milik AL Jerman dan Jepun.


Ledakan nuklear pada sesi ujian bom Bravo

Ujian bom Bravo merupakan yang bencana terburuk dalam sejarah Amerika, kerana bencana yang disebabkan oleh radiasinya. Kesilapan tersebut terjadi kerana Amerika salah menganalisa keadaan cuaca sehingga terjadi bencana radiasi tersebut.


Ledakan nuklear bom trinity

Bom Trinity adalah ujicuba bom atom pertama yang dilakukan US, pada 16 July 1945, yang dilakukan di 35 batu kearah tenggara dari Socorro, New Mexico, yang sekarang bernama White Sands Missile Range. Saudaranya, The Fat Man yang menggunakan konsep dan rekaan serupa, adalah bom yang dijatuhkan di Nagasaki. Kekuatan bom ini “hanya” 20 kiloton, dan merupakan bom pertama yang mencetuskan Zaman Atom atau Atomic Age.


Ledakan bom badger

Bom BADGER adalah bom berkekuatan 23 kiloton, diletuskan pada April 18, 1953 di Nevada Test Site, bom ini merupakan sebahagian dari Operation Upshot-Knothole.


Ledakan nuklear di Nagasaki dan Hiroshima

Bom atom yang diletuskan keatas Jepun oleh US atas izin Presiden Harry S. Truman ini merupakan serangan bom atom pertama, bom pertama Little Boy yang ditembakkan tanggal 6 Ogos 1945, hari Isnin di Hiroshima, sedangkan bom kedua “The Fat Man” diletupkan di Nagasaki tanggal 9 Ogos 1945. Dua serangan bom atom inilah yang mengakhiri peperangan Jepun pada Perang Dunia kedua. Jumlah kematian mencapai lebih dari 200.000 nyawa.

Ledakan Bom atom di nagasaki


The fat man, bom atom yang dijatuhkan di nagasaki


Ledakan bom atom di Hiroshima

Little Boy, bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima

Budak Sekolah 12 tahu Maut Akibat Balingan Bola Ragbi

Leonie Nice,12 tahun
ESSEX: Seorang budak sekolah maut di padang permainan semalam, selepas dadanya terkena bola ragbi, lapor media tempatan.

Leonie Nice dikatakan cuba menangkap bola berkenaan yang dilontar rakannya ketika mereka mengikuti kelas pendidikan jasmani.


Bagaimanapun, akibat hentakan kuat bola itu di dadanya, Leonie, 12, rebah dan sukar bernafas.

Pelajar dan guru di Sekolah Woodlands di Basildon, Essex, melihat bagaimana paramedik bertungkus-lumus menyelamatkan Leonie tetapi usaha itu gagal.


Kejadian itu berlaku dua minggu selepas seorang budak lelaki terbunuh akibat terkena bola kriket. Sumber berkata, semua pelajar dan kakitangan di sekolah itu sedih dengan kematian rakan mereka itu.


Kata sumber itu, tiada sesiapa yang mampu berkata-kata kerana mereka sangat terkejut dengan kejadian itu.

“Satu-satunya bunyi yang kedengaran di padang permainan ketika waktu rehat tengah hari adalah tangisan kanak-kanak yang meratapi kehilangan rakan mereka,” katanya. - TS


sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca