Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Kewajipan Yang Perlu Diketahui Oleh Individu Yang Menjadi Imam Dalam Solat


 Kewajipan imam sebelum solat terbahagi enam perkara iaitu:


  1. Jangan mara untuk menjadi imam dari kaum yang membencinya atau tidak disukai mereka. Beri keutamaan kepada orang yang lebih pandai dalam keagamaan, kecuali orang itu menolak dengan menganggap seseorang itu lebih baik untuk menjadi imam. Tetapi, perbuatan menolak itu adalah makruh.
  2. Imam perlu menjaga waktu solatnya, jadi hendaklah dia sembahyang di permulaan waktu supaya memperolehi keredaan Allah. Imam tidak patut menunggu sehingga ramai orang datang untuk berjemaah, sebaliknya hendaklah segera bersolat pada permulaan waktu.
  3. Ketika menjadi imam, seseorang itu hendaklah berniat dengan ikhlas kerana Allah s. w. t. serta dengan perasaan untuk menunaikan amanat Tuhan, baik dari segi bersuci serta segala syarat solatnya.
  4. Jangan tergesa-gesa untuk bertakbir sebelum barisan jemaah yang berada di belakangnya tersusun rapi dan rapat. Jadi, sebaik-baiknya, imam terlebih dulu menoleh ke kanan dan ke kiri, sekiranya ada tempat yang kosong, hendaklah dia menyuruh mereka mengisinya.
  5. Imam hendaklah bersuara dengan lantang ketika takbir, sama ada takbiratul ihram atau takbir yang lain-lain. Bagi makmum pula, usah terlampau menguatkan suara, melainkan cukup sekadar didengar oleh dirinya sendiri.
  6. Apabila seseorang itu disuruh memilih antara berazan (menjadi bilal) atau menjadi imam, hendaklah dia memilih untuk menjadi imam saja sekiranya sudah mencukupi syaratnya. Setiap tugas itu mempunyai keutamaan sendiri dan tidak elok hanya seorang memikul tugas itu kerana hukumnya makruh.

Tugas imam ketika mengucapkan bacaan solat terbahagi kepada tiga iaitu:

  1. Dia tidak perlu menguatkan suara ketika membaca doa iftitah dan taawwudz tetapi melakukan seperti seorang yang sedang bersembahyang sendirian. Tetapi, ketika membaca al-Fatihah dan surah lain selepas itu seperti solat Subuh, dua rakat pertama solat Maghrib dan Isyak, dia hendaklah menguatkan suaranya, walaupun bersembahyang sendirian.
  2. Ketika berdiri, imam hendaklah menjaga tiga kali perhentian (diam sebentar) iaitu selepas takbiratul ihram sebelum membaca doa iftitah. Selepas selesai membaca al-Fatihah dan selepas membaca surah selepas al-Fatihah sebelum rukuk.
  3. Imam hendaklah meringankan amalan solatnya iaitu bacaan yang tidak terlampau panjang terutama ketika berjemaah dengan ramai makmum.



Kewajipan imam berkaitan dengan rukun solat juga terbahagi kepada tiga perkara iaitu:

  1. Imam hendaklah meringankan rukuk dan sujudnya. Jadi, bacaan tasbihnya seelok-eloknya tidak lebih daripada tiga kali.
  2. Makmum tidak boleh mendahului imam ketika rukuk atau sujud, tetapi sebaiknya ada jarak waktu untuk mengikutinya. Jadi, makmum tidak digalakkan turun untuk sujud melainkan imam sudah benar-benar meletakkan dahinya di tempat sujud.
  3. Imam tidak digalakkan menambah doa tasyahhud lebih daripada kadar tahsyahhud yang diperlukan. Imam tidak digalakkan mengkhususkan kepada dirinya sendiri ketika mengucapkan doa tetapi hendaklah menggunakan pengertian yang merata untuk keseluruhan seperti kita atau kami.



Kewajipan imam untuk bertahallul iaitu menyelesaikan dan setelah selesainya solat ada tiga perkara iaitu:

  1. Hendaklah dia berniat ketika mengucapkan dua kali salam untuk memberikan salamnya kepada malaikat serta kaum Muslimin yang hadir.
  2. Hendaklah dia duduk secara tetap di tempatnya selepas salam itu, terutama sekali apabila wanita juga turut bersolat jemaah di belakangnya. Jangan berdiri dulu sebelum mereka berlalu.
  3. Jika duduk selepas selesai solat, hendaklah menghadapkan mukanya ke arah orang ramai.

Manafaat Apabila Kita Mendapat Waktu Tidur Yang mencukupi

Tidur adalah suatu nikmat yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Tidur adalah suatu nikmat yang akan dirasai oleh seluruh umat manusia. Tidak ada manusia yang tidak pernah tidur. Nikmat tidur yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah sebagai tanda kekuasaanNya, kerana hanya Allah yang tidak mengantuk dan tidak tidur. Kita hendaklah berusaha agar amalan tidur yang kita lakukan setiap hari akan mendapat pahala dari Allah.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan Kami jadikan tidurmu untuk rehat.” (An-Naba’, ayat 9)
Waktu tidur yang baik adalah sudah tentunya pada waktu malam hari. Ini kerana waktu malam adalah waktu yang sesuai untuk manusia berehat setelah banyak melakukan aktiviti pada siang harinya. Kita hendaklah menggunakan waktu tidur malam ini dengan sebaiknya bagi mengelak rasa mengantuk di siang hari. Jika tidak sudah tentu anda akan mengantuk semasa dalam kelas bagi yang masih belajar, atau anda akan mengantuk semasa berada ditempat kerja. Sudah tentu anda akan dimarahi oleh bos anda kerana tidur di tempat kerja.

Banyak manfaat yang akan diperolehi dengan jika anda mendapat tidur yang baik dan mencukupi.

1) Menenangkan Fikiran Yang Banyak Masalah
Setiap hari anda pasti akan dibebani dengan pelbagai masalah dalam hidup ini. Itu sememangnya menjadi lumrah kehidupan seorang manusia yang tidak dapat lari dari sebarang masalah. Ianya bergantung kepada seseorang itu bagaimana mereka akan menangani masalah yang dihadapi itu. Jadi anda perlu merehatkan fikiran anda dengan mendapat tidur yang secukupnya. Jika mendapat tidur yang cukup fikiran anda akan merasa lebih tenang. Dan anda sudah tentu akan mempunyai keyakinan dalam diri untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi apabila dapat berfikir dalam keadaan yang tenang.


2) Merehatkan Tubuh Badan Yang Keletihan
Badan kita akan merasa penat apabila banyak melakukan kerja. Waktu siang hari adalah waktu untuk anda keluar mencari rezeki bagi menampung kehidupan anda. Sudah tentu anda kadang-kadang tidak sempat untuk berehat kerana bekerja kuat untuk mencari rezeki. Ambillah waktu untuk merehatkan tubuh badan anda yang keletihan dengan mendapatkan tidur yang secukupnya pada waktu malam. Jangan sia-siakan waktu rehat anda di malam hari ini dengan melakukan aktiviti yang menyebabkan anda berjaga sehingga larut malam. Elakkan dari menonton televisyen sehingga larut malam. Akibatnya, tubuh badan anda akan bertambah penat jika tidak mendapat tidur yang mencukupi.


3) Mengembalikan Semula Tenaga
Tenaga yang ada dalam diri kita pasti akan berkurang apabila kita banyak melakukan kerja. Biasalah semakin banyak anda melakukan kerja mesti tenaga banyak digunakan. Sudah tentu tenaga anda akan semakin berkurang. Takkan  la tenaga akan semakin bertambah kan?
Tidur adalah masa terbaik untuk berehat dan mengembalikan tenaga dalam diri kita. Satu amalan tidur yang baik adalah tidur sekejap pada waktu tengahari akan dapat mengembalikan tenaga anda untuk terus bekerja dalam keadaan yang baik sehingga ke petang. Pada waktu malam pula adalah waktu yang paling baik untuk memulihkan tenaga dalam diri anda supaya dapat memulakan hari baru pada keesokannya berada dalam keadaan yang kembali bertenaga.


4) Mengatasi Stress Dalam Diri
Stress ataupun tekanan yang muncul dalam diri seseorang adalah disebabkan oleh masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka. Contoh masalah yang biasa dihadapi adalah masalah kewangan, masalah perkerjaan, masalah pelajaran, hubungan dengan pasangan masing-masing dan banyak lagi.
Ada banyak cara untuk anda menangani stress yang berlaku dalam diri anda. Salah satu cara untuk mengurangkan stress adalah dengan mendapatkan tidur yang cukup. Tidur adalah penting bagi merehatkan badan dan fikiran anda. Apabila mendapat tidur yang mencukupi, badan dan otak anda akan dapat berfungsi dengan baik. Jika kedua-dua ini dapat berfungsi dengan baik, ia akan mampu memberikan satu kekuatan yang hebat dalam diri anda yang akan dapat membantu anda menangani masalah stress yang anda hadapi.


6) Mengelakkan Masalah Sakit Kepala
Apabila tidak mendapat tidur yang cukup, masalah utama yang boleh berlaku adalah masalah sakit kepala. Namun awas, jangan terlebih tidur dalam tempoh masa yang agak lama. Tidur yang terlalu lama juga tidak baik untuk kesihatan anda. Terlebih tidur menyebabkan anda akan bangun dalam keadaan yang tidak bermaya, letih dan kurang semangat seterusnya menyebabkan anda sakit kepala.
Waktu tidur yang ideal bagi seseorang adalah diantara 6-7 jam pada malam harinya. Ianya bergantung kepada  keperluan seseorang individu itu juga. Apabila mendapat tidur yang cukup anda akan bangun dalam keadaan yang segar dan dapat mengelakkan dari mendapat sakit kepala. Disamping itu mendapat tidur yang cukup adalah penting untuk mengelakkan diri anda dari sebarang masalah penyakit lain yang boleh berlaku berpunca dari masalah tidur anda.

CARA TIDUR YANG PALING BAIK.




Adalah dengan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Baginda tidur dengan berbaring ke kanan menghadap kiblat dan baginda meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan.
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Apabila kamu hendak mendatangi tempat tidur, maka berwudhuklah seperti wuduk kamu untuk solat kemudian berbaringlah ke sisi sebelah kanan.”
Tidur juga boleh menjadi suatu ibadah jika kita meniatkannya dengan betul. Baca doa sebelum tidur. Niatkan tidur kita adalah untuk merehatkan badan dan fikiran kita serta memulihkan kekuatan agar dapat bangun kembali untuk beribadah kepada Allah. InsyaAllah tidur kita akan diberkati dan mendapat pahala dari Allah.

Sebagai kesimpulan, kita hendaklah menjaga kesihatan diri kita dengan mendapat tidur yang secukupnya supaya dapat memberikan kebahagiaan dalam hidup kita. Manfaatkan waktu tidur yang kita ada dengan sebaik-baiknya supaya ia tidak akan membawa sebarang masalah kepada diri kita di kemudian hari.

Tahukah Anda ? Jumlah Waktu Tidur Sebenarnya Mempengaruhi Prestasi Anak-anak

Tidur merupakan suatu keperluan untuk boleh melakukan aktiviti di hari berikutnya. Tempoh tidur pada malam hari ternyata sangat mempengaruhi kesihatan tubuh seseorang, apatah lagi pada kanak-kanak.


Sebuah kajian yang melibatkan 142 pelajar sekolah rendah dilakukan untuk membandingkan jumlah jam tidur dengan prestasi kemahiran akademik. Bila jam tidur kanak-kanak kurang dari sembilan jam biasanya mendapati kesukaran dalam belajar di sekolah keesokan harinya. Kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun yang kurang tidur cenderung akan sukar berkomunikasi dan mengerjakan matematik. Kemahiran mengeja, tata bahasa yang digunakan, serta pemahaman mereka juga terganggu. Memori dan kemampuan belajarlah yang terpengaruh. 


Kanak-kanak leka bermain 
Kajian ini juga mendapati bahawa semakin ramai anak yang dibenarkan menggunakan komputer dan televisyen di bilik tidur mereka. Padahal, kemudahan ini menyebabkan kurangnya tidur. “Saat ini ada kebimbangan besar mengenai kebiasaan anak-anak menonton televisyen, bermain game komputer atau video pada malam hari yang membuat mereka tidak tidur pada waktu yang sama setiap malamnya,” kata Ramon Cladellas dari Universiti Autonomous di Barcelona.


“Kebanyakan kanak-kanak waktu tidurnya kurang dari yang disyorkan, padahal ini penting untuk intelektual mereka. Bahkan, ini tidak boleh diperbaiki,” tambah Cladellas. Profesor Russell Foster, ketua ilmu saraf di Universiti Oxford mengatakan, “Sudah jelas bahawa tidur mulai pukul 9 malam hingga pukul 9 pagi dapat mengoptimumkan prestasi kognitif kanak-kanak.” Kebiasaan tidur pada larut malam mempengaruhi prestasi anak dalam tugas sehari-hari, dan membuat mereka sukar mencari penyelesaian dari masalah yang lebih kompleks.
Peringatan : Oleh itu pasti anak-anak anda memperolehi jumlah tidur yang mencukupi dalam membentuk pembesaran tubuh yang sempurna selain akal pemikiran yang sihat dan bijak. Yang pastinya, anak-anak anda memerlukan masa tidur selama 9 – 11 jam manakala orang dewasa pula hanya perlu 5 – 8 jam saja.Tidak ada manusia yang tidak pernah tidur. Nikmat tidur yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah sebagai tanda kekuasaanNya.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca