Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Pelajar USM Ugut Letup Helikopter PM Najib di Dalam Facebook Dibebaskan


Polis melepaskan dengan jaminan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat kenyataan berbaur ugutan di laman sosialnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam. Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata polis membebaskan pelajar terbabit selama sebulan tetapi boleh memanggilnya pada bila-bila masa sekiranya perlu bagi membantu siasatan.

“Dia adalah pelajar tahun keempat jurusan kejuruteraan, dan sedang menduduki peperiksaan. Polis membebaskannya bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan hari ini,” katanya selepas perhimpunan bulanan Polis Diraja Malaysia di sini, hari ini.


Dia ditahan pada jam 1.30 petang semalam selepas polis mendapat maklumat mengenai kenyataannya itu. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ayub berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan, pelajar itu mengakui kenyataan itu dibuat dengan kehendaknya sendiri dengan niat bergurau.

“Kita bukan hendak menyekat kebebasan bersuara tetapi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab sepatutnya dia tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara dan penggunaan internet sehingga boleh menimbulkan kekecohan dan kemarahan pihak lain.

“Perkara seperti ini satu yang serius dan tidak boleh dianggap main-main, ia membabitkan keselamatan pemimpin negara dan secara tidak langsung orang awam yang lain juga,” katanya.

Ayub berkata, polis masih meneruskan siasatan mengenai latar belakang pelajar itu serta hubungannya kerana dikhuatiri mempunyai kaitan dengan anasir subversif.

Setakat ini terdapat tiga laporan polis dibuat -pihak yang membantah tindakan pelajar itu. – BERNAMA

PS:Kerana pulut santan binasa,kerana mulut lu pikir la sendiri...

Bagaimana Letak Facebook Like Button Di Setiap Post

Berikut adalah tutorial mudah untuk install facebook like button yang akan muncul di setiap entry anda dan readers yang membaca dan tertarik dengan entry anda akan tekan like, dan entry tersebut akan muncul di wall mereka yang klik like buttoon tersebut.
 Langkah 1 :

Log in dashboard > Design > Html > Expand Widget Template

Langkah 2 :

Bagi mereka yang kuranng mahir menggunakan coding, pastikan korang save template sedia ada dahulu sebelum proceed dengan step seterusnya.

Langkah 3 :

Taip Ctrl + F atau tekan F3 dan cari kod ini

data:post.body atau <data:post.body/>

Langkah 4 :

copy code ini dan pastekan di BAWAH code di langkah 3 tadi :

<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Klik pada preview dan semak kalau ada masalah.
 
Save. :)
   

Lee Chong Wei MenjuaraiKejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012

Salam sejahtera semua,



Petikan dari dada akhbar utama,

KUALA LUMPUR – Datuk Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012 apabila menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago secara straight set, sebentar tadi.

Chong Wei menang set pertama dengan mudah yakni 21 -6.

Walaupun berusaha memberikan saingan pada set kedua, namun agak nyata Tago masih belum mampu mengungguli kehebatan Chong Wei,

Tago tewas 21-13.



Perlawanan berlangsung selama 36 minit. Selaku juara, Chong Wei membawa pulang USD30,000.

Chong Wei merupakan pemain dengan ranking nombor satu dunia manakala Tago di tempat ke-12.

Daripada 11 pertemuan antara kedua pemain, kesemuanya menyebelahi Chong Wei.

Kemenangan hari ini juga menjadikan Chong Wei telah memenangi Terbuka Malaysia sebanyak 8 kali.

Chong Wei ketika ditemuramah sebaik perlawanan berakhir memberitahu, selepas kemenangan itu beliau

mahu memberikan fokus yang lebih kepada persiapan untuk menghadapi sukan olimpik.
 
PS: Kalau ikut ramalan aku, memang mudah aje, Datuk lee Chong Wei meratah pihak lawannya kali ini. Rasa macam tak setanding la pulak apabila menang straight set. Apa-apa pun kemenangan ini akan dijadikan semangat membara bagi menghadapi sukan olimpik.Yang pasti Lin Dan pasti menunggu di Sukan Olimpik. Punca kekalahannya di Terbuka Malaysia seakan-akan dapat dihidu oleh semua.Tepuk dada tanya selera.

Sebab-sebab Permainan Bolasepak Menjadi Haram Hukumnya

Hukum bermain dan menonton sukan bola sepak pada dasarnya ialah harus dan dibolehkan. Namun begitu ada beberapa perkara yang jika kita tidak menjaganya akan membawa kepada haram. Haram hukumnya di sini bukanlah kepada asal bolasepak itu tetapi oleh kerana kelalaian dan kecuaian kita dalam menjaga batas dan landasannya. Semoga perkara-perkara yang dijelaskan di sini dapat memberi manfaat kepada kita semua, sebagai panduan, terutama bagi mereka yang suka menonton ataupun bermain bola sepak.

1.)   Meninggalkan Solat.
-          “Pemisah antara seorang hamba dengan kekufuran dan keimanan adalah shalat. Apabila dia meninggalkannya, maka dia melakukan kesyirikan.”
(HR. Ath Thobariy dengan sanad shohih. Syaikh Al Albani mengatakan hadits ini shohih. Lihat Shohih At Targib wa At Tarhib no. 566).
-          “Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya, dia akan menegakkan agamanya. Sesiapa yang meninggalkannya, dia akan meruntuhkan agamanya.”
( Riwayat Baihaqi ).
-          Firman Allah SWT yang bermaksud,”... maka dirikanlan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin.” (an-Nisa : 103).

2.)   .Mendedah / Melihat Aurat.
-          Rasulullah SAW bersabda, “Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.” (Hadith Riwayat Aththahawi)
-          Rasulullah SAW, "Seseorang laki-laki tidak boleh melihat aurat laki-laki lain, dan begitu juga perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan lain, dan tidak boleh seorang laki-laki bercampur dengan laki-laki lain dalam satu pakaian, dan begitu juga perempuan dengan perempuan lain bercampur dalam satu pakaian." (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi)
-          Firman Allah SWT ,” Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan” ( Al-A’raf : 26).

3.)   Berjudi dan Menjual Perlawanan.
-          Firman Allah SWT, “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi,(sembelihan untuk) berhala, mengundi nasib menggunakan anak panah,adalah najis dari perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan.” (Al-Maidah : 90) 
-          “Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Taala”
( Riwayat :Ahmad, Malik, Abu Daud dan Ibnu Majah)

4.)   Rasuah dan Mengatur Perlawanan.
-          Firman Allah SWT, “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Surah al Baqarah : 188)

5.)   Mencaci atau Mengeluarkan Kata-kata Kesat.
-          Firman Allah SWT, "Orang-orang yang menyakiti mukmin lelaki dan mukmin wanita dengan sesuatu yang tidak dibuatnya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan yang besar dan dosa yang nyata.” (Al-Ahzab : 58)
-          Rasulullah SAW bersabda, "Tidak patut seseorang sahabat baik mengutuk (sahabatnya)". (HR.Muslim dari Abu Hurairah)

6.)   Berkelahi , Bergaduh atau Mencetuskan Kekecohan.
-          Rasulullah SAW bersabda, “Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
-          Rasulullah s.a.w bersabda, "Jangan kamu berbuat seperti perbuatan Yahudi, dan jangan kamu menganggap halal terhadap larangan-larangan Allah walaupun dengan helah yang paling kecil." (Disebutkan oleh Ibnul Qaiyim di dalam Ighatsatul Lahafan: 1/348, katanya: Ia diriwayatkan oleh Abu Abdullah bin Batthah dengan sanad yang baik. Ia disahihkan seumpamanya oleh al-Tarmizi)
-          Rasulullah saw bersabda “Apabila seorang lelaki dipukul dan kamu berada di antara sekumpulan orang (yang memukulnya), jadilah kamu sebagai penolong lelaki itu dan cegahlah mereka (yang memukulnya), selepas itu tinggalkanlah mereka “. (Riwayat Ibnu Dunya dari Anas r.a.)
-          Firman Allah SWT, "Orang-orang yang menyakiti mukmin lelaki dan mukmin wanita dengan sesuatu yang tidak dibuatnya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan yang besar dan dosa yang nyata.” (Al-Ahzab : 58)

7.)   Merosakkan Harta Benda.
-          Allah SWT berfirman, “Dan apabila dikatakan kepada mereka, janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab, “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakankebaikan”.( Al- Baqarah : 11 ) 
-          FirmanNya: “Sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.” (Al-Baqarah, 205) 
-          Rasulullah SAW bersabda, “Setiap umatku mendapat kesejahteraan melainkan orang yang melakukan kejahatan secara terang-terangan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

8.)   Pergaulan Bebas
-          "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, karena yang ketiganya ialah syaitan." (Riwayat Ahmad)
-          “Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah fahishah (perbuatan yang keji) dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh oleh seseorang)” (Surah al-Isra’: 32)

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca