Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Antara Harga Roadtax Kereta Termahal kat Malaysia

Assalamualaikum..
Info nie saya dapat dari www.kereta.info dan gambar kat bawah nie adalah nilai roadtax sebenar untuk model kereta seperti lamborghini, porsche panamera, bmw, bentley..Kesimpulannya kereta di bawah nie hanya orang yang betul-betul kaya saja jer boleh pakai..kalau harga roadtax  punya mahal, ini belum lagi harga insurans kereta...Oleh itu, kalau berangan hendak pakai kereta mahal dan mewah...kenalah ukur baju di badan sendiri dulu...












PS : Kalau gaji setahun pun bersamaan dengan harga roadtax kereta di atas...alamat bila agaknya kita nak merasa untuk memiliki salah satu kereta di atas. Jangan diikuti falsafah "biar papa asalkan bergaya"....nanti hutang keliling pinggang dan hidup merana....
Selamat berhibur..:)

Aishwarya Rai dikritik hebat kerana gemuk selepas melahirkan anak

MUMBAI, India - Bintang utama Bollywood yang sinonim dengan gelaran wanita tercantik di dunia, Aishwarya Rai dikritik hebat kerana gagal menurunkan berat badan selepas lima bulan melahirkan anak sulungnya.

Menurut laman web US Weekly kelmarin, bekas Ratu Cantik Dunia itu melahirkan anak perempuan, Aaradyha pada November tahun lalu, hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Abhishek Bachchan.

Akhbar Britain, Daily Mail memetik seorang peminat Rai sebagai kecewa kerana aktres berkenaan gagal melaksanakan 'tanggungjawab' untuk kelihatan langsing demi peminatnya.

"Dia seorang aktres Bollywood, justeru, menjadi tanggungjawabnya untuk kelihatan langsing dan cantik," sumber tersebut dipetik sebagai berkata.

Baru-baru ini, sebuah laman web menyiarkan klip video menunjukkan perubahan diri Rai sebelum dan selepas melahirkan anak.

Klip video berkenaan yang diiringi runut bunyi tempikan gajah telah ditonton lebih 500,000 kali di internet.

Sementara itu, peminat heroin filem Dhoom 2 itu menantikan kehadirannya pada festival filem Cannes 2012 di Perancis, minggu ini.

Rai, 38, dijadualkan menghadiri acara Karpet Merah festival filem berkenaan.

- Agensi

 

PS: Harap cepat-cepat la Aishwarya Rai turunkan berat badannya sebelum dijadikan bahan ketawa lagi.

Kasut Tumit Tinggi (high heel shoes) Membahayakan Kesihatan Wanita.

 Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Anda gemar memakai kasut tumit tinggi ke pejabat?
Secara amnya, berkasut tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita. Selain sebahagian daripada fesyen, penampilan akan nampak lebih bergaya dan elegan serta seksis apabila mengenakan kasut bertumit tinggi.

Bagaimanapun, kecenderungan pemakaian kasut tumit tinggi ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil. 

Kepada wanita-wanita yang gemar memakai kasut tumit tinggi adalah dinasihatkan supaya membaca artikel ini dan buatlah pertimbangan sewajarnya.Ini melibatkan kesihatan anda pada masa hadapan.
Antara bahaya yang akan menempah golongan yang gemar memakai kasut tumit tinggi adalah seperti berikut:

1. Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.

2. Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.




3. Ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,”

4. Berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.

5. Memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.

6. Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

7. Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.

Keadaan bentuk kaki anda jangka masa panjang..Huduh bukan?
8. Kecacatan Haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

9. Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.Jadi, mana yang anda pilih? Sesuatu yang nampak bergaya atau keselesaan dan kesihatan anda? Kasut tumit tinggi adalah contoh terbaik bagi menggambarkan keadaan yang saya sebutkan di atas. Cukup memudaratkan untuk jangka masa panjang.





Maxis Hotlink Bagus Plan Prabayar Dengan Kadar Terendah

Assalamulaikum,
PELAN PRABAYAR SEMUA-DALAM-SATU DENGAN KADAR TERENDAH

Hanya dengan harga RM5, Hotlink BAGUS adalah satu-satunya pelan semua-dalam-satu yang memberikan pelanggan akses kepada kadar terendah dalam semua lima kategori – Panggilan Suara, SMS, Internet, IDD (Panggilan Terus Antarbangsa) dan Perantauan

Pelanggan prabayar Maxis yang sedia ada dan yang baru boleh mendapat manfaat dari Hotlink BAGUS. Pelanggan sedia ada boleh berhijrah ke Pelan Hotlink BAGUS dengan menaip *108*21# pada telefon mudah alih mereka dan membayar yuran penghijrahan sebanyak RM1 sahaja untuk mengalami kadar yang rendah yang ditawarkan oleh BAGUS.

Untuk pelanggan baru, mereka hanya perlu membeli pek permulaan RM5 ‘BAGUS’. LIMA nilai penawaran BAGUS:


1. Panggilan
Di bawah pelan Hotlink BAGUS, pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga 50% untuk semua panggilan ke nombor Hotlink dan Maxis, dengan hanya mengekalkan baki RM10 dalam pek BAGUS mereka. Dengan BAGUS 5, kadar terendah sebanyak 12 sen/min akan diberi, dan ini diterjemahkan kepada penjimatan sehingga 70%.

2. SMS
Di bawah pelan Hotlink BAGUS, pelanggan akan menikmati penjimatan sehingga 50% untuk semua SMS ke nombor Hotlink dan Maxis, dengan hanya mengekalkan baki RM10 dalam pek bagus mereka. Dengan BAGUS 5, pelanggan akan menikmati hanya 1 sen/SMS, dan ini diterjemahkan kepada penjimatan sehingga 90%.

3. Internet
Pelan Hotlink BAGUS menawarkan pelanggan pas-pas bersaiz kecil pada kadar yang berpatutan. Pelan ini pada dasarnya membenarkan kelonggaran dalam menguruskan keperluan pelayaran internet para pelanggan. Di bawah kategori ini, BAGUS menawarkan Pas Internet Mudah Alih 1-hari yang terendah sebanyak RM2 untuk 100MB, atau Pas Internet Mudah Alih 1-minggu sebanyak RM8 untuk 100MB (bersamaan 200 laman web atau 50 e-mel atau 10 video).


4. IDD
Pada Disember 2011, Maxis melancarkan IDD132 ke 10 negara (Indonesia, Filipina, Bangladesh, Nepal, Cina, India, Myanmar, Kemboja, Pakistan, Vietnam) dan sejak itu, terdapat lonjakan dalam minit penggunaan (minutes of use – MOU) kepada negara-negara ini, terutamanya Bangladesh, Indonesia, Pakistan dan India. Dengan permintaan yang sedemikian, pada Februari 2012, Hot IDD132 telah dilanjutkan kepada 50 buah negara. Pada hari ini, IDD di bawah pelan BAGUS menawarkan kadar panggilan terendah (blok pembayaran untuk setiap 30 saat) dan penjimatan sehingga 70% kepada seluruh dunia (233 negara), sepanjang hari, tujuh hari seminggu, dan kadar yang lebih rendah bagi negara-negara asing yang terpilih termasuk Nepal, Cina, India, Myanmar dan Pakistan.

5. Perantauan
Dengan pek Hotlink BAGUS, pelanggan boleh menikmati kadar Perantauan Data Prabayar yang terendah sebanyak RM5/MB (penjimatan sehingga 50%) ke 10 negara (semua pengendali) untuk keperluan pelayaran antarabangsa. 10 negara tersebut termasuk Australia, Hong Kong, India, Indonesia, Korea, Macau, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand.


PS: Terpulang kepada kemahuan masing-masing yang mana pelan yang terbaik untuk keperluan anda.Bagi saya, Pelan Maxis mungkin menguntungkan bagi pelan surfing tapi kurang untung bagi pelan panggilan. Ini kerana CELCOM masih mendahului...panggilan 28 sen  untuk 10 minit berbanding 12 sen untuk seminit. Apapun pilihan di tangan anda. :)

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca